10 Pepatah Tentang Masa

Wednesday, October 8, 2008

"Masa Itu Nyawa"

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran.
(al-Qur’an)

Bila anda menguasai masa, anda akan memahami kebenaran bahawa kebanyakan orang terlebih jangkaan terhadap apa yang mereka mampu capai dalam setahun dan juga apa yang mereka mampu capai dalam sedekad!
(Anthony Robbins)


Anda tidak akan berjumpa masa untuk sesuatu. Jika anda mahukan masa, anda mesti mencipta masa.
(Charles Buxton)


Mereka yang teruk dalam mengurus masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa.
(La Bruyere)


Tiada apa milik kita kecuali masa.
(Geothe)


Mereka yang memiliki masa memiliki segalanya.
(Benjamin Disraeli)


Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini.
(Pepatah Cina)


Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita.
(Pepatah Arab)


Anda sentiasa menangguh, tetapi masa tidak berbuat demikian.
(Benjamin Franklin)


Masa yang hilang tidak akan ditemui lagi.
(Benjamin Franklin)


alongkushairi
: Masa hanya 24 jam dalam sehari..adakah kita sibuk atau penyibuk?? Fikirkan...


Setahun Penuh Makna

Tuesday, October 7, 2008

“Setahun Penuh Makna”

GABUNGAN tenaga Akhil, Izelan, Mohd Kushairi, Noni dan Shafnie

menceriakan saluran Astro Oasis.

Kru produksi Astro Oasis sentiasa berusaha sajikan program kerohanian terbaik untuk seisi keluarga

BIARPUN baru berusia setahun jagung, saluran Astro Oasis nyata cepat membuka mata penonton. Kelainan pengisiannya memberikan kelebihan kepada saluran ini untuk menarik perhatian penonton yang dahagakan rancangan bercorak keagamaan dan kemanusiaan, selain hiburan.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah sendiri pernah memberitahu, jumlah tontonan saluran berkenaan meningkat dengan cepat, terutama pada Ramadan. Insan paling gembira dengan perkembangan sihat itu pula tentulah Pengurus Saluran terbabit, Izelan Basar, yang tidak putus-putus memuji pasukan produksi saluran itu yang sentiasa berusaha menghidangkan program terbaik buat penonton.

Pada Aidilfitri ini, tradisi pengisian rancangan berbentuk kerohanian diteruskan saluran berkenaan. Kata Izelan, sesuai dengan golongan sasar saluran itu, program raya yang disenaraikan juga lebih berupa siaran langsung sembahyang raya dari Makkah, takbir, marhaban dan konsert keagamaan.

"Kami juga akan menyiarkan drama khas sempena Aidilfitri, di samping rancangan Tazkirah Bersama Dr Fadzilah Kamsah," ujar Izelan yang mengakui, sebagai saluran Islam, Oasis perlu memperbanyakkan siaran azan, sembahyang dan bacaan al-Quran.

Menyentuh sambutan hari rayanya, Izelan berkata, biasanya dia akan memastikan segala kerja di Oasis selesai terlebih dulu, sebelum dia sekeluarga pulang beraya di kampung isteri, Parit Sakai, Muar, Johor.

"Rasanya raya tahun ini lebih bermakna kerana Oasis genap berusia setahun," katanya ketika menjayakan sesi fotografi raya ala padang pasir personaliti Oasis termasuk Akil Hayy, Nonny Nadirah Zainuddin atau Noni, Shafnie Zainudin dan Mohd Kushairi Che Ismail di Balai berita, baru-baru ini.

Sementara itu, Akil Hayy yang saban minggu dapat diikuti kemunculannya menerusi program Cafe Akhil Hayy di saluran berkenaan berada dalam dilema pada Aidilfitri kali ini. Ketika sesi fotografi ini dilakukan, dia masih menimbang tawaran bekerja pada hari mulia atau melepaskan saja rezeki hari raya.

"Memang ada tawaran mengadakan persembahan untuk saya pada 1 Syawal. Tetapi saya kena fikirkan dulu sebelum membuat keputusan melulu. Maklum saja, selama setahun saya asyik bermusafir ke seluruh negara memenuhi undangan, inilah waktu saya perlu berada di sisi keluarga pada hari lebaran," ujar penyanyi nasyid berusia 39 tahun ini, yang kini menetap di Ipoh.

Selalunya, Akil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai akan beraya bersama keluarga di Gopeng, Perak, kampung halaman ibunya. Dia dan enam adik-beradik yang lain akan berkumpul di situ bagi memeriahkan suasana hari raya.

Jenguk keluarga di Sabah

SEORANG lagi artis yang menjayakan program Cafe Akhil Hayy, Noni, pulang ke Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah, 26 September lalu untuk beraya bersama keluarganya.

Kata remaja berusia 19 tahun dari program Akademi Fantasia musim kelima itu, dia cukup teruja untuk pulang beraya kerana sudah lama tidak dapat menjenguk famili di Sabah.

"Famili saya agak besar, jadi banyaklah juga saya keluarkan belanja untuk membelikan baju dan selendang sebagai tanda mata buat ibu dan ibu saudara. Namun, belanja tahun lalu sebenarnya lebih besar. Iyalah, ketika itu saya beraya buat kali pertama sebagai artis. Lagipun, kita digalakkan berjimat pada ketika ekonomi kurang memberangsangkan sekarang," katanya yang berhajat untuk bercuti selama seminggu atau dua sempena Aidilfitri tahun ini.

Raya sederhana bagi ustaz muda

BAGI pengacara Kuiz Adik Comel, Mohd Kushairi Che Ismail yang juga penceramah motivasi menyifatkan Aidilfitri hendaklah disambut dengan penuh kesyukuran kerana ia adalah lambang kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Tetapi tegas ustaz muda ini, maksud disambut dengan kesyukuran adalah meraikannya mengikut lunas Islam serta tidak melampau batas.

"Seharusnya kita menyambut ketibaan Aidilfitri dengan perasaan gembira kerana berjaya melawan hawa nafsu selepas sebulan menahan lapar dan dahaga. Dalam pada itu kita juga perlu mengenang akan kepayahan fakir miskin yang lapar dan dahaga adalah perkara biasa dalam hidup mereka.

"Lagi satu kita lihat kebanyakan orang sekarang lebih suka duduk di rumah, menonton televisyen berbanding berkunjung ke rumah saudara mara, rakan taulan dan jiran. Sepatutnya kesempatan ini digunakan untuk saling bermaafan antara satu sama lain.Itulah kemanisan Aidilfitri," ujar Kushairi yang menyambut 1 Syawal di Kota Bharu, Kelantan.

Anak lali beraya tanpa bapa

SEMENTARA itu, bekas pengacara program Sebutan Syariah musim pertama, Shafnie Zainudin akan menyambut hari Lebaran di rumah keluarganya di Kajang bersama dua anaknya.

Sebagai ibu tunggal, Shafnie berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan anaknya bahagia pada hari yang mulia itu.

"Hari raya sebenarnya adalah untuk kanak-kanak dan seboleh mungkin saya mahu anak-anak saya gembira pada hari itu. Yang penting, persiapan untuk mereka saya sudah sediakan sejak awal lagi. Saya juga akan menyediakan juadah istimewa buat mereka," ujar Shafnie yang juga bekas isteri kepada pelakon, penyanyi dan pengacara AC Mizal ini.

Ditanya bagaimanakah perasaan anaknya berhari raya tanpa bapa, jawapan Shafnie; "Mereka sudah lali dengan suasana itu."

Dan selepas hari raya, wanita bertubuh tinggi lampai ini akan kembali bersiaran di kaca televisyen untuk mengacarakan sebuah program berkonsepkan wanita dan kesihatan di saluran Oasis.

"Difahamkan, saya akan menjadi perantara sebuah program berbentuk kewanitaan dan kesihatan. Tetapi selain dari kaedah perubatan cara moden ia juga akan menerangkan rawatan secara Islam terhadap sesuatu penyakit itu.

"Justeru, sebelum memikul tanggungjawab itu saya perlu membuat kajian terlebih dulu supaya apa yang akan saya sampaikan nanti tidak mengelirukan penonton," ujarnya yang juga akan muncul dengan sebuah produk penjagaan kulit di bawah jenama Shafnie Beauty Inspiration.


Profil Personaliti Oasis:

* Izelan
Nama: Izelan Basar
Usia: 50 tahun
Asal: Kampung Baru, Kuala Lumpur
Kerjaya: Pengurus Saluran Astro Oasis
Pengalaman dalam bidang penyiaran: 18 tahun

* Akil Hayy
Nama: Akhil Abdul Hai
Tarikh Lahir: 5 November 1969
Tempat Lahir: Gopeng, Perak
Hobi: Mengembara
Kerjaya: Penyanyi, Pendakwah bebas
Program di Oasis: Hijrah Remaja, Festival Nasyid,
Marhaban Di Astro, Akilnya Kembali, Al - Hidayah, Cafe Akhil Hayy

* Shafnie
Nama: Shafnie Zainudin
Tarikh Lahir: 28 Disember 1975
Tempat Lahir: Pulau Pinang
Hobi: Riadah bersama anak-anak
Kerjaya: Pegawai bidang korporat, model, pengacara
Program di Oasis: Sebutan Syariah

* Kushairi
Nama: Mohd Kushairi Che Ismail
Tarikh Lahir: 22 Disember 1985
Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan
Hobi: Membaca, bersukan dan melancong
Kerjaya: Pelajar Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan pengacara televisyen
Program di Oasis: Kuiz Adik Comel

* Noni
Nama: Nonny Nadirah Zainuddin
Tarikh Lahir: 21 Julai 1989
Tempat Lahir: Kota Kinabalu, Sabah
Hobi: Mengumpul kipas kecil & melipat kertas bintang
Kerjaya: Penyanyi, pelakon
Program di Oasis: Cafe Akhil Hayy


Oleh: Nurulhisham Abdul Latiff & Farihad Shalla Mahmud
Berita Harian 3 0ktober 2008


alongkushairi: Tahun 2008 amat bermakna buat diriku...
biarlah rahsia.



Salam AdilFitri Maaf Zahir & Batin

Monday, October 6, 2008

Rasanya masih belum terlambat buat diriku untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin” buat ayahanda & bonda yang tercinta, adik-adikku yang nakal, teman suka duka hidupku, saudara-mara, sahabat-sahabat, guru-guru, pensyarah & warga kampus UKM, rakan-rakan astro OASIS dan sesiapa sahaja saudara Muslim yang mengenali diri ini.

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin"


Andai jemari tak sempat berjabat,

Andai raga tak kuasa bertatap,

Setidaknya temali batin masih bersahut...


Adakalanya MATA silap memandang,

Adakalanya TELINGA salah mendengar,

Adakalanya LIDAH terlanjur berkata,

Adakalanya FIKIRAN salah menafsir,

Adakalanya HATI silap menduga...


Tulus ikhlas daripada..



Mohd Kushairi Bin Che Ismail (A104927)

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin”


Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah

Sunday, October 5, 2008

"Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah"




"Rumah" baru ini telah mengalami perubahan yang besar selepas melalui beberapa fasa diari kehidupan sebelum ini. Ianya telah memberi ruang dan peluang untuk alongkushairi melakukan "penghijrahan" yang amat bernilai di dalam kehidupan ini. Semoga hidayah dan taufiqNya memayungi diri tatkala cabaran dan dugaan senantiasa menanti keteguhan hati ini. InsyaAllah...

Sesungguhnya diri ini tidak lain hanyalah milikNya, dipinjamkan demi sebuah perkongsian pada yang lain, dipinjamkan demi sebuah perjuangan menuju cintaNya dan demi sebuah rentetan amanah yang dituntut pada diri ini. Allahumma Ya Muqallibal Qulub, Thabbit Qulubi 'ala Diinika Wa 'ala Tha'atiqa. Ameen...

p/s: Beberapa kiriman sebelum ini dilayarkan juga sebagai catatan kenangan diri ini di dalam sebuah diari insani alongkushairi. Salam kejayaan!!


Saluran OASIS Semakin Diminati

Utusan Malaysia (Khamis 11 Sept 08)

Izelan (tiga dari kanan) bersama-sama pelakon dan personaliti yang
terlibat dalam menjayakan program-program Oasis


BUKAN mudah bagi sesebuah saluran televisyen baru mahu menakluki zon hati khalayak. Namun bagi saluran Oasis (saluran 106, Astro) nyata kenyataan tersebut sudah berjaya ditepis.

Hampir setahun bersiaran Oasis berjaya membuktikan keupayaan mereka selaku saluran yang menyiarkan pelbagai rancangan berbentuk keagamaan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, penerimaan khalayak terhadap Oasis kini semakin berkembang dan meningkat naik.

“Alhamdulillah kami tidak sangka dengan sambutan yang diberikan oleh penonton. Secara tidak langsung, ia memperlihatkan perubahan yang baik untuk kami dan penonton.

“Jelas kelihatan kini masyarakat kita semakin menyukai rancangan-rancangan berbentuk keagamaan. Kewujudan Oasis ini umpama orang yang haus diberi minuman,” jelasnya ketika ditemui pada majlis sambutan Ramadan baru-baru ini.

Kata Izelan, Oasis bukanlah sebuah saluran yang hanya menghidangkan rancangan tanpa matlamat.

“Oasis berbeza dengan stesen atau saluran lain. Program-program yang kita hasilkan bukan sahaja untuk tontonan khalayak kita sahaja tapi untuk tontonan seluruh masyarakat Islam di dunia,” jelas Izelan mengenai matlamat Oasis diasaskan.

Tambah Izelan, meskipun Oasis antara saluran baru namun pihaknya berbangga kerana program keagamaan yang disiarkan di Oasis antara yang mendapat rating tinggi.

“Setakat ini penonton gemar rancangan-rancangan yang disiarkan di Oasis dan setahu saya rating rancangan keagamaan Oasis antara yang tinggi. Kita mahu apa sahaja rancangan yang kita lakukan akan meninggalkan kesan dan mampu membuatkan khalayak yang menonton terasa, insaf dan menangis,” katanya lagi.

Akui Izelan, fokus tiga tahun pertama Oasis lebih tertumpu pada pengisian rohani.

“Sudah banyak rancangan berbentuk hiburan di saluran lain. Tak salah kalau kita beri sentuhan keagamaan sedikit. Sekurang-kurangnya, menonton Oasis mengisi jiwa yang kosong,” terangnya sambil memberitahu rancangan Jemputan Umrah antara rancangan yang cukup popular di saluran Oasis.

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
fadzilah.bahar@utusan.com.my




Photo Shoot Raya Astro OASIS

"arrgghhh"

Khamis (11 Sept 08) pertama kali alongkushairi bersama ikon Astro Oasis yang senior untuk photo shoot Raya Berita Harian terasa amat gugup berhadapan secara realiti. Namun ianya tidak mematahkan semangat alongkushairi untuk memberikan kerjasama yang terbaik kepada rakan ikon, rakan Oasis dan rakan media. Antara ikon Oasis yang hadir ialah Ustaz Akhil Hayy, Syafnie, Noni AF5, dan Encik Izelan Basar (Pengurus Saluran Astro Oasis). Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi bergambar, sidang akhbar dan ramah mesra bersama kakitangan Berita Harian. Jutaan terima kasih buat Encik Izelan, Kak Fiza, Kak Fatin, rakan-rakan ikon Oasis, rakan-rakan artis dan Berita Harian. Tidak dilupakan juga buat Lokman, Asrul, dan Shidi. Anda semua memang sporting!!


alongkushairi bersama rakan-rakan ikon di studio


"Ustaz Kushairi" dan Ustaz Akhil Hayy


Kak Fatin ceria bersama Kak Syafnie

p/s: InsyaAllah tunggu sisipan HIP Berita Harian pada Hari Raya Ketiga nanti...


Raikan Ramadhan Bersama Astro OASIS

Astro OASIS Channel 106
"inspirasi sanubari"

Astro OASIS is the first Malaysian channel dedicated to Malay
lifestyle with
Islamic values programme. It has a wide variety
of programs ranging from
lifestyle to travel and documentaries.

*****

"Raikan Ramadhan Bersama Astro OASIS"
Hotel The Palace Of Golden Horses
27 Ogos 2008



alongkushairi bersama Adi Akmal (Devotees)



Salam Mesra Abadi


truly from my heart

"what we are today is result of our own past action, whatever we wish to be in future depend on our present actions decide how you have to act now, we are responsible for what we are, whatever we wish ourselves to be, we have the power to make ourselves as you wish"


 
diaRi insaNi - by Templates para novo blogger 2007